Language:

Customer Service

Click or Call
cs@travelneeds2u.com
1-300-80-ST2U
within Malaysia
 +603-7885-8000
outside Malaysia


You are visitor no: 110644

Membership Program

Individual
Corporate New!
Affiliate New!
IATA Travel Agent


Travelneeds2u News


Kad Sim Global Pertama Dunia Dilancar - BERNAMA


Thu 05 Nov 2009, 12:11 pm

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Syarikat milik bumiputera, Sedania Travelneeds2u (ST2U) Sdn Bhd, yang melancarkan pek permulaan kad sim dunia atau Global Starter Pack (GSP) pada hari Khamis, menyasar untuk menawarkan produk itu di 16 negara di Asia Pasifik dalam masa 18 bulan.

Ketua pegawai eksekutifnya, Radzib Ariff berkata ST2U menjangka dapat melancarkan kit permulaan, yang pertama seumpamanya di dunia, di empat negara menjelang akhir tahun.

"Kami akan melancarkannya di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina untuk penumpang tempatan yang ke luar negara dengan sasaran jualan sebanyak lebih 100,000 kit permulaan pada akhir tahun.

"GSP merupakan kad sim pra bayar syarikat telekomunikasi negara yang akan lawati. Ia membantu mengelak daripada kesusahan mencari kad sim tempatan apabila tiba di negara asing.

"Pelancong boleh membeli GSP serendah AS$10 sebelum berlepas dan dapat berhubung dengan rumah dengan segera apabila tiba," kata beliau selepas pelancaran kit permulaan GSP itu di sini pada hari Khamis.

Radzib berkata pengembara akan diberikan baucar GSP yang boleh ditebus untuk kad SIM di lapangan terbang destinasi.

Syarikat menyasar untuk memanfaatkan satu pertiga daripada 2.4 bilion pengembara udara setahun bagi pek permulaan GSP itu.

Semasa mengulas lanjut, ketua pegawai eksekutif kumpulan syarikat induk, Sedania Media Group, Azrin Mohd Noor berkata syarikat telah menjalin perkongsian dengan Abacus Distribution System (M) Sdn Bhd.

Perkongsian akan membolehkan ejen pengembara menjual kad sim dengan menggunakan platform Abacus whiz, yang digunakan untuk jualan tiket, yang menjimatkan.

"Kami harap dengan GSP, ejen pengembaraan di Malaysia akan menikmati perolehan baru ini. Harapan kami ialah lebih banyak agensi pelancongan akan mendaftar sebagai penjual GSP memandangkan kami bakal mengambil lebih banyak syarikat telekomunikasi dalam program ini," kata Azrin.

Pada masa ini, ST2U mempunyai 55 ejen pengembaraan di Malaysia dan 71 di Indonesia.

Pengembara di seluruh dunia kini boleh membeli GSP syarikat telekomunikasi dari Malaysia (Celcom), Kemboja (Hello), Indonesia (Indosat) dan Singapura (M1).

Syarikat telekomunikasi dari negara lain seperti Bangladesh (Aktel) dan Vietnam (Viettel) masih dalam perancangan untuk menyertai program, kata Azrin.

"Kami menjangka syarikat telekomunikasi di Asia Tenggara akan menyertai kami menjelang akhir tahun ini. Pada masa ini, kami sedang berunding dengan beberapa syarikat telekomunikasi," katanya.

Mengenai perkembangan masa depan, Azrin berkata syarikat berharap untuk menaik taraf kit untuk kemudahan pengembara.

Mulai 1 Sept, 2009, pengembara boleh membeli GSP di mana-mana ejen pengembara berdaftar di Malaysia atau melalui portal tempahan online STRU di www.travelneeds2u.com.

Kit itu juga boleh didapati di Pameran Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang bermula esok.-- BERNAMA

Source from:
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

 

Other News


Global Starter Pack (GSP) Program by ST2U
Wed 08 Sep 2010 09:45 am
» read more

10 percent of GSP sales will be donated to RumahAnak Yatim Amal Kasih Bestari
Thu 02 Sep 2010 04:00 pm
» read more

SEDANIA Travelneeds2u Eyes 20 New Partnership With Telcos By Year End
Tue 24 Aug 2010 09:11 am
» read more

MSC Malaysia APICTA Award Applications Up By 40 Per Cent
Fri 13 Aug 2010 10:08 am
» read more

SEDANIA Travelneeds2u meluncurkan SAFETRIP™, bagi wisatawan
Wed 26 May 2010 12:13 pm
» read more


Past News and Events


For a complete list of past and present news and events, click here

Advertise with ST2U!
+603 7885 8000
cs@travelneeds2u.com