Language:

Customer Service

Click or Call
cs@travelneeds2u.com
1-300-80-ST2U
within Malaysia
 +603-7885-8000
outside Malaysia


You are visitor no: 110641

Membership Program

Individual
Corporate New!
Affiliate New!
IATA Travel Agent


Travelneeds2u News


ST2U Perkenal Widget - Harian Metro


Tue 16 Mar 2010, 08:40 am

Sedania Travelneeds2U Sdn Bhd (ST2U), syarikat pengendali portal tempahan bagi kad SIM tempatan atau lebih dikenali sebagai Global Starter Pack (GSP) dan juga pelan Insurans Perjalanan, khusus untuk memenuhi keperluan pelancong and pengembara telah mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan Widget ST2U hari ini.

Widget merupakan satu kaedah pengiklanan dan juga penempahan melalui penempatan banner atau ikon produk yang dimiliki oleh ST2U di laman-laman web pihak ketiga dan sebagai ganjaran, pihak ketiga akan menerima imbuhan hasil dari transaksi yang terjana daripada laman web mereka.

"Pengenalan Widget ST2U merupakan satu langkah serius yang diambil untuk membuktikan komitmen tinggi oleh pihak kami bagi merealisasikan janji-janji kepada pengguna iaitu "perkhidmatan mudah dan ringkas". Dengan adanya widget, jaringan jualan dijangka berkembang dengan kadar lebih pantas, justeru memberikan lebih banyak capaian dan kemudahan kepada pengguna untuk membuat tempahan. Buat masa ini hanya widget untuk GSP akan diperkenalkan dahulu manakala widget bagi pelan insurans perjalanan akan menyusul kemudian" ujar Encik Radzib Ariff, Ketua Pegawai Eksekutif ST2U.

Selain dari itu, Widget ST2U juga berupaya membuka peluang kepada pemilik laman web atau blog untuk menjana pendapatan sampingan melalui penyertaan di dalam program Affiliate ST2U. Melalui program ini, pemilik laman web atau blog hanya perlu mendaftar sebagai ahli dan sebelum dapat memuat turun widget dari portal ST2U, www.travelneeds2u.com dan meletakkannya didalam laman web atau blog masing-masing. Ahli-ahli akan menikmati pendapatan tambahan melalui yuran rujukan (referral fee) hasil dari jualan yang dijana melalui widget yang diletakkan didalam laman web atau blog masing-masing pada kadar 10% di atas nilai jualan.

Di dalam merealisasikan matlamat yang ingin melahirkan lebih ramai usahawan di bidang teknologi maklumat di negara ini, pihak ST2U turut mempromosikan widget ST2U dengan merekrut bakal-bakal usahawan IT melalui beberapa siri seminar yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.travelneeds2u.com dan email ke cs@travelneeds2u.com atau hubungi 03-7880 1000. Mereka juga boleh melawat gerai ST2U di Pameran Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang berlangsung dari Jumaat sehingga hari ini di gerai SMAS Travels, bernombor 1141 Dewan 1 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Source from:
Bisnes - Harian Metro
13 March 2010

Other News


Global Starter Pack (GSP) Program by ST2U
Wed 08 Sep 2010 09:45 am
» read more

10 percent of GSP sales will be donated to RumahAnak Yatim Amal Kasih Bestari
Thu 02 Sep 2010 04:00 pm
» read more

SEDANIA Travelneeds2u Eyes 20 New Partnership With Telcos By Year End
Tue 24 Aug 2010 09:11 am
» read more

MSC Malaysia APICTA Award Applications Up By 40 Per Cent
Fri 13 Aug 2010 10:08 am
» read more

SEDANIA Travelneeds2u meluncurkan SAFETRIP™, bagi wisatawan
Wed 26 May 2010 12:13 pm
» read more


Past News and Events


For a complete list of past and present news and events, click here

Advertise with ST2U!
+603 7885 8000
cs@travelneeds2u.com