Language:

Customer Service

Click or Call
cs@travelneeds2u.com
1-300-80-ST2U
within Malaysia
 +603-7885-8000
outside Malaysia


You are visitor no: 111155

Membership Program

Individual
Corporate New!
Affiliate New!
IATA Travel Agent


Travelneeds2u News


Insurans Perjalanan Banyak Manfaat - Berita Harian


Thu 05 Nov 2009, 12:15 pm


Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my

Passport, tiket penerbangan pergi-balik, pakaian dan kelengkapan diri selalunya menjadi perkara utama dalam senarai semak barang keperluan yang mesti ada setiap kali kita ingin ke luar negara.

Namun ramai daripada kita yang tidak menyedari bahawa selain daripada semua perkara di atas, insurans perjalanan perlu menjadi perkara wajib ada dalam senarai semak itu.

Bayangkan jika tiba-tiba anda jatuh sakit di negara asing dan perlu dimasukkan ke hospital, wang perbelanjaan pula hanya cukup-cukup, apa yang harus anda lakukan?

Kita perlu ingat bahawa kos rawatan di kebanyakan negara asing adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan Malaysia.

Namun sekiranya, anda membeli insurans perjalanan, anda tidak perlu bimbang dengan kos rawatan yang tinggi itu kerana kos rawatan itu akan diliputi oleh polisi insurans perjalanan dibeli sebelum berlepas.

Selain itu, polisi insurans ini turut meliputi perlindungan terhadap kemalangan, kerugian dan gangguan semasa perjalanan yang berlaku sepanjang tempoh perjalanan yang ditentukan oleh anda sendiri ketika membeli, selalunya sehingga ke tarikh kembali ke tanah air.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah syarikat insurans yang mungkin menawarkan kombinasi beberapa perlindungan untuk memenuhi keperluan tertentu pelanggannya, termasuk polisi tahunan jangka panjang jika anda sering membuat perjalanan.

Memandangkan skop perlindungan yang disediakan di bawah polisi insurans perjalanan ini berbeza-beza daripada satu syarikat insurans dengan yang lain, buat pemilihan terlebih dahulu bagi memastikan anda membeli polisi terbaik yang dapat memenuhi keperluan anda.

Skop perlindungan yang biasanya disediakan di bawah insurans perjalanan adalah untuk kemalangan diri, belanja perubatan dan yang berkaitan, kehilangan deposit pakej perjalanan atau pemendekan pemergian, kehilangan bagasi, kehilangan barangan peribadi dan wang, kehilangan passport, liability diri, kelewatan bagasi, kelewatan perjalanan, pampas an kenderaan dan penghantaran pulang jenazah.

Anda boleh mengambil polisi perjalanan ini untuk diri sendiri atau termasuk ahli keluarga.

Jumlah pampasan yang boleh dibayar pula adalah berdasarkan bahagian yang ditetapkan bagi setiap ahli keluarga dan jumlah keseluruhannya tidak boleh melebihi jumlah nilai diinsuranskan.

Namun begitu, sekiranya anda melebihi had umur tertentu, anda mungkin tidak dapat membeli insurans perjalanan ini.

Di sebalik semua manfaat yang diberikan itu polisi ini tidak meliputi kerugian yang disebabkan kejadian tertentu seperti risiko peperangan, kes membunuh diri dan tidak siuman, AIDS, pembunuhan atau serangan yang dirangsang, melahirkan anak atau keguguran dan ditimpa kemalangan kerana melakukan aktiviti sukan yang berbahaya.

Selain itu, terdapat juga pengecualian yang membabitkan peristiwa seperti kelewatan bagasi dan kehilangan bagasi serta baranganperibadi yang disebabkan oleh rampasan dan pemusnahan di bawah peraturan kuarantin dan kastam.

Berikutan itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa membaca dengan teliti dan memahami bentuk pengecualian yang tidak diliputi oleh polisi ini.

Anda juga dinasihatkan supaya menyemak dengan syarikat insurans apakah jenis barangan kepunyaan peribadi yang boleh dilindungi di bawah insurans perjalanan kerana perlindungan yang diberikan adalah berbeza di kalangan syarikat insurans.

Selain itu, anda adalah dinasihatkan supaya melantik benefisari dan pastikan benefisari anda itu mengetahui mengenai polisi insurans perjalanan yang anda beli.

Sekiranya anda membeli lebih daripada satu polisi perjalanan dan kemudian anda meninggal dunia atau hilang upaya, anda atau benefisari anda, mengikut mana yang berkenaan, akan dibayar pampasan di bawah setiap polisi.

Bagaimanapun, bagi kerugian tertentu seperti belanja perubatan yang pampasannya adalah berdasarkan pembayaran gentian, anda akan dibayar pampasan sekali sahaja bagi kerugian sebenar yang dialami.

Tidak kurang pentingnya, pastikan syarikat insurans anda mempunyai rangkaian atau cawangan di peringkat global yang boleh memberi bantuan yang sewajarnya apabila diperlukan.

Source from:
Urus Wang Anda - Ekonomi - Berita Harian, Selasa 3 November 2009

Other News


Global Starter Pack (GSP) Program by ST2U
Wed 08 Sep 2010 09:45 am
» read more

10 percent of GSP sales will be donated to RumahAnak Yatim Amal Kasih Bestari
Thu 02 Sep 2010 04:00 pm
» read more

SEDANIA Travelneeds2u Eyes 20 New Partnership With Telcos By Year End
Tue 24 Aug 2010 09:11 am
» read more

MSC Malaysia APICTA Award Applications Up By 40 Per Cent
Fri 13 Aug 2010 10:08 am
» read more

SEDANIA Travelneeds2u meluncurkan SAFETRIP™, bagi wisatawan
Wed 26 May 2010 12:13 pm
» read more


Past News and Events


For a complete list of past and present news and events, click here

Advertise with ST2U!
+603 7885 8000
cs@travelneeds2u.com